Baju Riau Pahang: Potongan Dan Material Istimewa Dalam Penghasilan Baju

  • Aszulhida Aman Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Pedas, Negeri Sembilan
  • Ros Mahwati Ahmad Zakaria Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Zuliskandar Ramli Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Keywords: Rupa bentuk, Potongan, Evolusi, Pakaian

Abstract

Kajian ini akan memberi fokus kepada evolusi potongan baju Riau Pahang, menggunakan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mengenalpasti rupa bentuk, potongan dan fabrik yang digunakan dalam penghasilan baju yang dikatakan mempunyai bentuk dan fungsi yang unik ini. Baju Riau Pahang ini hanya dipakai oleh segelintir masyarakat di Alam Melayu pada suatu ketika dahulu yang dikatakan berasal dari Riau tetapi mempunyai nama yang berbeza . Beberapa penyelidik terdahulu menyatakan bahawa baju ini hanya boleh didapati di istanaistana dan di kalangan golongan bangsawan sahaja. Walaubagaimanapun, asalusul Baju Riau Pahang ini juga masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini biar pun ada pendapat yang mengatakan ia kemungkinan berasal dari Pahang atau Johor Riau. Pakaian ini juga mula diperkenalkan pada awal kurun ke - 20 tetapi kenyataan ini juga tiada bukti kukuh untuk disokong kesahihannya. Kajian ini akan membincangkan evolusi rupa bentuk dan potongan Baju Riau Pahang yang dikatakan berkembang di dalam istana serta golongan bangsawan tetapi kini dipakai oleh semua lapisan masyarakat.

Published
2020-03-01
How to Cite
Aman , A., Ahmad Zakaria, R. M., & Ramli , Z. (2020). Baju Riau Pahang: Potongan Dan Material Istimewa Dalam Penghasilan Baju. SA Conference Series: Industrial Revolution 4.0, 1(1), 188-197. Retrieved from https://conference.scientiaca.org/index.php/ir4/article/view/24
Section
Articles